Catur - Sukan SEA 2011


Dipetik Dari: http://stonemaster.info/2009/12/18/catur-kembali-ke-sukan-sea-2011-3/

Daripada Zulhilmi Supaat
VIENTIANE, 7 Dis (Bernama) — Tuan rumah Sukan SEA ke-26, Indonesia akan menganjurkan 37 acara termasuk dua acara sukan extrem dan dua acara baru pada temasya yang akan diadakan di empat wilayah pada 2011.
Wakil Malaysia pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan SEA (SGF) Datuk Sieh Kok Chi berkata Indonesia juga akan menggugurkan empat acara yang dipertandingkan pada temasya ke-25 di sini iaitu acara petanque, renang sirip, muay thai dan timang bulu ayam.
"Dua acara sukan extrem yang dimasukkan ialah mendaki tembok dan kasut roda," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.
Sieh yang juga setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malasia (MOM) sebelum itu menghadiri mesyuarat berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di sini.
Beliau berkata Indonesia akan menawarkan acara badminton, angkat berat, akuatik, bola sepak, memanah, menembak, silat, taekwando, olahraga, skuasy, hoki, billiard & snuker, tinju, bola tampar, bola keranjang, golf, judo, sepak takraw, ping-pong, wushu dan berbasikal.
Acara lain yang tidak dipertandingkan di Vientiane tetapi ditawarkan di Indonesia ialah tenpin boling, ekuestrian, gimnastik, lawan pedang, catur, lumba bot tradisional, kayak, mendayung, pelayaran, bola lisut dan besbol.
Indonesia juga buat pertama kalinya dalam sejarah Sukan SEA menawar acara Kempo, sejenis sukan lawan pedang menggunakan buluh, yang berasal dari Jepun.
Selain itu, negara itu juga menawarkan acara powerlifting bagi atlet normal. Acara itu sebenarnya adalah acara bagi atlet paralimpik.
Sieh berkata Singapura telah menarik diri daripada menganjurkan Sukan SEA ke-27 pada 2013.
Vietnam, tuan rumah Sukan SEA ke-23 bagaimanapun telah menawar diri untuk menganjurkannya jika tiada negara Asean lain yang berminat.
Sieh berkata mengikut giliran yang ditetapkan SGF, Singapura sepatutnya menganjurkan temasya dwi-tahunan itu pada 2013, diikuti Kemboja, Myanmar, Brunei, Malaysia dan Vietnam.
– BERNAMA

Berita ini membuatkan hati ini teruja menanti 2011...

Aku,

6 comments:

  1. Liyana : haha~~~ x sabar la plaks rasenyer...

    zack : yeah!!! i'm so excited~~~

    ReplyDelete
  2. ko jadi jurulatih aku tahun depan~

    hahaha~

    ReplyDelete
  3. ko minat catur ekk?
    xsilap aku be4 ni dkt vietnam or thailand ke philipines ada catur
    n malaysia dapat gangsa xsilap

    ReplyDelete
  4. Zara : Boleh je aku m'jadi guru sandaran... Tp aku seorang yg garang~~~ Muahaha...

    Hans : Ho Chi Minh 2003

    ReplyDelete