Halaman Gergasi Blog Catur Tanah Air Stonemasterwww.stonemaster.info



Next Mission – SHAH ALAM (Bengkel Cerdik Catur Shah Alam)


Akhir December ni, dah genap 2 tahun SM menjadi jurulatih catur IIUM. Kemungkinan besar Coach Fadli akan tamatkan kontrak jurulatih catur. Plan nak handle pula projek pembangunan catur secara besar besaran di Shah Alam. Sudah beberapa kali, Tuan Haji Ibrahim Abu Bakar iaitu Timbalan Presiden Persekutuan Catur Malaysia telah mencadangkan kepada SM supaya bangunkan semula Shah Alam sebagai bandar catur seperti zaman era 90-an dulu.
Memang SM tertarik nak jalankan projek pembangunan catur ni. Kertas kerja bagi pembangunan catur Shah Alam telah SM siapkan. Cuma tunggu masa nak mula jee. Aktiviti pertama yang confirm SM akan buat ialah Bengkel Cerdik Catur Shah Alam yang akan bermula awal bulan Februari 2010. Bengkel ini dianggap Tahap Intermediate dan bukan beginner. Tidak sesuai kepada peserta yang tidak tahu nak gerakkan sebarang buah catur dan tidak sesuai yang baru nak kenal permainan catur. Jika terdapat permintaan, sessi yang berasingan akan dibuat untuk mereka2 yang baru nak mengenal catur. Bengkel ini merangkupi 4 sessi semuanya dan diadakan pada setiap hari Ahad di bulan Februari tersebut. Setiap sesi memakan masa 3 jam. Minuman disediakan. Nota, cd, cenderahati dan Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap para peserta. Yurannya adalah hanya RM70 untuk  4 sessi. Tempat diadakan bengkel catur tersebut ialah di Shah Alam.


Untuk Pra Daftar, sila hubungi En. Mohd Fadli bin Zakaria (0142312370) atau emel: seme_event@yahoo.com

No comments:

Post a Comment