Tips: Mengawal "Emosi"

Assalamualaikum...

Catur. Bukanlah sekadar permainan minda. Ia menuntut ketelitian kita dalam mentafsir dan meramal setiap pergerakan bidak. Sabar itu amat perlu. Diakui, kadangkala kita akan merasa tertekan menunggu pihak lawan menggerakkan bidaknya. Tetapi itulah permainan psikologi yang harus diatasi dari awal permainan hingga akhirnya.

Setiap pergerakan mewakili emosi kita dalam mengatur strategi. Setiap langkah diatur dengan penuh waspada dan teliti. Dalam permainan catur, kita bukan hanya perlu memikirkan corak serangan semata-mata. Membina sebuah benteng yang kukuh juga perlu dititik beratkan. Kita harus pandai mengawal perasaan semasa menghadapi pihak lawan. Tidak boleh terlalu teruja untuk menggapai sesuatu. Seharusnya kita perlu bijak memanipulasi setiap pergerakan bidak dengan mengambil kira tindakan pihak lawan. Sikap berhati-hati mengatur gerak harus dipegang sepanjang permainan. Ini adalah kerana, pihak lawan sentiasa menanti kesilapan kecil yang akan kita lakukan. Begitu juga sebaliknya. Kita harus peka untuk mengambil kesempatan ke atas pihak lawan.

Sebaik sahaja kita berjaya menguasai permainan, momentum ini mestilah dikekalkan sehingga kita berjaya memerangkap pihak lawan. Tetapi kita harus berja-jaga, kerana walau tersilap satu langkah nescaya pihak lawan akan memanipulasi penguasaan pula.

Dalam permainan catur, kita tidak boleh mengambil mudah setiap pergerakan pihak lawan. Setiap bidak yang digerakkan akan membawa pelbagai maksud yang tersirat. Oleh yang demikian, kita harus cuba untuk membuat ramalan. Meramal apakah tindakan selanjutnya yang bakal dilakukan oleh pihak lawan. Di sinilah bermulanya kebijaksanaan kita untuk mengatur strategi memerangkap pihak lawan. Mengatur langkah dengan maksud yang tersirat untuk mengelirukan pihak lawan adalah amat perlu. Ini bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan psikologi lawan kita.

Tidak dinafikan, saat melakukan sesuatu pergerakan kita akan berasa sangsi dengan pergerakan itu. Ini adalah kerana kita terlalu memikirkan tindakan pihak lawan kita yang selanjutnya. Namun yang demikian, kita harus bijak mengawal emosi kesangsian itu. Kita perlu berfikiran positif terhadap kesan dari setiap tindakan yang telah dilakukan. Yakin dengan setiap langkah yang telah kita rancang untuk mematikan langkah pihak lawan.

Sekian untuk kali ini. Jika ada salah dan silap, harap dimaafkan. Kerana gua bukanlah seorang jaguh mahupun handalan, tetapi sekadar berkongsi idea dari sudut psikologi melalui pandangan seorang amatur...


2 comments:

  1. salah satu cara psikologi dari member2 aku ialah....kutuk aku depan2 masa main catur...tension gak kadang2 tue....

    ReplyDelete
  2. RP : Time tourney xkan nak kutuk depan2... muahaha~~~

    ReplyDelete