MENGAPA AKU MEMILIH INI...




Assalamualaikum...

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa aku memilih tema “CATUR” sebagai tema utama laman blog aku. Tidakkah pemilihan tema ini hanya akan menghadkan golongan pembaca? Mungkin ada yang beranggapan aku begitu obses dengan catur. Obses? Jawapanku, “Ya dan Tidak”.

Sebenarnya, pemilihan tema ini adalah kerana minat aku terhadap permainan ini begitu menebal. Aku bukanlah seorang pakar untuk menceritakan tentang selok belok permainan ini. Tetapi, hakikat yang sebenarnya aku sekadar berkongsi cerita. Jika diamati secara mendalam, setiap tips yang aku poskan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Contohnya satu pergerakan yang aku gemari iaitu “CASTLING”, telah mengajar aku tentang erti ‘saling bergantungan’. Mengapa begitu? Jawapannya adalah kerana, pergerakan ini memerlukan kerelaan untuk ‘bekorban dan melindungi’.

Bagaimana cara ini berguna dalam kehidupan seharian kita?
Baiklah, dalam perhubungan kita secara umum, sebenarnya kita tidak harus hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Ada ketikanya kita perlu merasai apakah perasaan jika kita berada di tempat orang lain. Terutama sekali ketika orang itu dilanda masalah. Kerelaan kita untuk berkongsi perasaan ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi rasa saling bantu-membantu dan saling melindungi. Aku merujuk pergerakan ini lebih kepada perhubungan antara diri kita dan masyarakat di sekeliling kita. Ada waktu kita senang, dan ada waktunya kita akan menghadapi kesukaran.

Cuba kalian amati setiap tips yang aku poskan dan kalian bayangkan semuanya berkaitan dengan kehidupan kita. Hidup ini umpama sebuah percaturan. Setiap gerak geri kita akan melibatkan orang lain. Bukan semua orang akan menyukai kita, dan bukan semua orang membenci diri kita.

Bagi aku, setiap pergerakan bidak menggambarkan tentang kehidupan. Masalah itu adalah kehidupan. Bagaimana perancangan kita menguruskan perjalanan hidup ini. Meramal setiap tindakan bukan hanya di sebelah pihak. Secara tidak langsung, semua tips ini bukanlah sekadar untuk permainan catur tetapi juga amat berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sekian untuk kali ini, kepada pembaca yang lebih gemar penceritaan berbentuk cereka, silalah ke sebuah lagi blog yang telah aku bina.

http://yusenzetouch.blog.com

Akhir kata, tidak semua yang kita rancang itu akan terjadi dengan jayanya~~~

Wassalam...

Tulus dari hati ini,

6 comments:

  1. setelah lama masuk sini, akhirnya awk tls juga nape awak buat tema catur.. so, dari penulisan awak, saya terfikir kata2 awak. betul sangat2..

    ReplyDelete
  2. Liyana: haha~~ da tau da, sure org2 yg masuk sini ingat saya begitu obsess ngan catur...

    Diden: sile ambik hadiah *sogok* di pejabat pos berhampiran di atas pujian anda... ngeeee...;}

    ReplyDelete
  3. ni mesti sebab lagi 2 tahun, sukan Sea kat Indonesia ada acara catur kan?

    ngaku cepat~~

    ReplyDelete
  4. Zara: Kalau ada peluang mmg nak sgt men tok pasukan kebangsaan... hehe...;}

    ReplyDelete
  5. Wow...naseb la I dah tau tujuan nyer..hehehe....so, no q ask..kehkehkehk

    ReplyDelete